Selasa, 12 Mei 2009

RAYU TUANKU SULTAN BUBARKAN DUN PERAK

Salam..

Tak sampai 24 jam keputusan mahkamah semalam dikeluarkan. Keputusan mahkamah rayuan untuk penangguhan keputusan semalam dah keluar. Mahkamah express. Sape la hakimnye agaknye? Sekali lagi terbukti UBN takut pilihanraya diadakan. UBN takut pada suara rakyat. UBN cuba menghalang suara rakyat. UBN takut pada demokerasi yang mereka agung2 dulu. Bagi UBN demokerasi sudah tidak wujud di Malaysia. Undang2 penjajah diguna pakai semula oleh mereka.

TUANKU SULTAN PERAK. Patik sembah rayu agar DUN Perak dapat dibubarkan walau pun keputusan Mahkamah Rayuan hari ini [12/05/2009] menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam [11/05/2009] bahawa DS Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak.

Kami Hamba rakyat amat berharap TUANKU dapat berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan yang telah menjadi semakin keruh baru-baru ini.

Keputusan pembubaran DUN Perak ini bukanlah bererti sokongan politik TUANKU kepada Pakatan Rakyat. Tetapi, sebagai jalan penyelesaian yang paling berkesan buat hamba rakyat. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas TUANKU dan memberikan Taufiq & Hidayah kepada TUANKU semoga keputusan TUANKU adalah keputusan terbaik buat rakyat Perak.

Semoga ALLAH bersama kita.

Amin..

Tiada ulasan: