Selasa, 10 Februari 2009

TAKZIAH

9 Feb 2009, Isnin. Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Roslan Shahrum, telah kembali ke rahmatullah. Saya menziarahi jenazah dikediaman Allahyarham. Rasa sebak bila melihat apabila ribuan orang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Menunjukkan Allahyarham adalah orang yang sangat disenangi oleh masyarakat semasa hayatnya. Takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah buat beliau, semoga ditempatkan dikalangan orang yang dirahmati Allah. Amin..

Jumaat, 6 Februari 2009

YA ALLAH.. TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL

Ya Allah Ya Tuhan Kami..

Yang Maha Besar.. Pencipta dan Penguasa Alam..
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau Wahai Tuhanku..
Tidak siapa yang dapat berkuasa melainkan dengan keizinan-Mu..

Ya Allah kami sembahkan keampunan-Mu..
Kami sedar, kami sering lalai dan selalu berdosa Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami terlambat bertaubat kepadaMu Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami lalai dengan kurnian rezeki dan nikmat yng Engkau berikan kepada kami Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami lupa untuk bersyukur kepadaMu Ya Allah..
Kami mengaku, kamilah hamba yang hina dan tak berdaya tanpa Kudrat dan Iradat Mu Ya Allah..
Terimalah Taubat Kami Ya Allah.. Yang Maha Pengampun..

Ya Allah dengarkanlah rintihan kami Ya Allah..


Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apakah dosa yang telah mereka lakukan..
Kami tidak berdaya melawan mereka tanpa kekuatan dan sokongan dariMu Ya Allah..


Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..


Engkau sahajalah yang dapat menghancurkan mereka...
Tukarkanlah pemimpin-pemimpin dan kerajaan negeri dan negara kami dengan pemimpin yang beriman dan bertakwa kepadaMu Ya Allah..
Kuatkanlah Iman dan Takwa mereka Ya Allah..
Kuatkanlah Iman dan Takwa kami Ya Allah..

Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..
Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..
Agar kami tidak terleka dan tidak terkerluar dari landasan perjuangan yang Engkau Redhai ini Ya Allah..

Ya Allah dengarkanlah rintihan hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah dengarkanlah pengharapan hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah terimalah doa hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah Yang Maha Mendengar.. Yang Mengabulkan doa kami..

Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..

Terimalah Doa kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Amin.. Ya Rabbal'alamin...





DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK

Daulat Tuanku

Ampun Tuanku.

Izinkan patik mempersembahkan kebawah Duli secebis rasa hati patik Tuanku. Bukanlah niat patik untuk memandai-mandai atau menderhaka kebawah Duli. Patik yang kerdil ini hanya ingin berkongsi rasa duka dan nestapa bersama rakyat-rakyat Tuanku. 

Patik dan para rakyat amat menyanjung tinggi kebawah Duli Tuanku. Tuanku adalah Sultan yang amat berwiba pada pandangan kami rakyat Perak khususnya. 

Ampun Tuanku..

Tapi, sedikit mendukacitakan hati kami rakyat negeri Perak apabila Tuanku menitah supaya kerusi Menteri Besar dikosongkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin. Ianya adalah diluar kotak pemikiran patik dan hamba rakyat yang lain Tuanku. Patik dan hamba rakyat yang lain pada mulanya amat yakin Tuanku akan memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri dilakukan. Sebagai langkah tidak menyebelahi mana-mana pihak dan supaya kami hamba rakyat dapat memilih kembali siapa yang layak untuk memimpin kami, selari dengan amalan demokerasi.

Ampun Tuanku..

Tidaklah patik berniat untuk mempertikaikan keputusan Tuanku. Ampun Tuanku.

Tapi, keputusan Tuanku sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat keatas Tuanku. Yang mana kami selama ini amat menyanjungi Tuanku sebagai Sultan yang amat berwibawa adil dan saksama.

Ampun Tuanku..

Kami sedar bahawa Tuanku mengetahui keadaan semasa yang berlaku akhir-akhir ini. Dimana dua ADUN menghilangkan diri selama satu minggu tanpa pengetahuan sesiapa tiba-tiba muncul dan mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat. Bukankah kehilangan itu suatu yang diragui, kemungkinan terjadi komplot dan rasuah yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Kemelut ini semua bermula setelah Datuk Seri Najib mengambilalih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Rosli. Tindakan Datuk Seri Najib seperti yang umum ketahui adalah pemimpin yang tidak bersih, yang selalu dikaitkan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ampun Tuanku...

Patik mohon atas kebijaksanaan Tuanku. Mohon Tuanku menimbangkan semula keputusan Tuanku. Mohon Tuanku dapat mengembalikan keadilan kepada rakyat Perak. 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun...

Sembah patik harap diampun..