Jumaat, 6 Februari 2009

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK

Daulat Tuanku

Ampun Tuanku.

Izinkan patik mempersembahkan kebawah Duli secebis rasa hati patik Tuanku. Bukanlah niat patik untuk memandai-mandai atau menderhaka kebawah Duli. Patik yang kerdil ini hanya ingin berkongsi rasa duka dan nestapa bersama rakyat-rakyat Tuanku. 

Patik dan para rakyat amat menyanjung tinggi kebawah Duli Tuanku. Tuanku adalah Sultan yang amat berwiba pada pandangan kami rakyat Perak khususnya. 

Ampun Tuanku..

Tapi, sedikit mendukacitakan hati kami rakyat negeri Perak apabila Tuanku menitah supaya kerusi Menteri Besar dikosongkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin. Ianya adalah diluar kotak pemikiran patik dan hamba rakyat yang lain Tuanku. Patik dan hamba rakyat yang lain pada mulanya amat yakin Tuanku akan memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri dilakukan. Sebagai langkah tidak menyebelahi mana-mana pihak dan supaya kami hamba rakyat dapat memilih kembali siapa yang layak untuk memimpin kami, selari dengan amalan demokerasi.

Ampun Tuanku..

Tidaklah patik berniat untuk mempertikaikan keputusan Tuanku. Ampun Tuanku.

Tapi, keputusan Tuanku sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat keatas Tuanku. Yang mana kami selama ini amat menyanjungi Tuanku sebagai Sultan yang amat berwibawa adil dan saksama.

Ampun Tuanku..

Kami sedar bahawa Tuanku mengetahui keadaan semasa yang berlaku akhir-akhir ini. Dimana dua ADUN menghilangkan diri selama satu minggu tanpa pengetahuan sesiapa tiba-tiba muncul dan mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat. Bukankah kehilangan itu suatu yang diragui, kemungkinan terjadi komplot dan rasuah yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Kemelut ini semua bermula setelah Datuk Seri Najib mengambilalih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Rosli. Tindakan Datuk Seri Najib seperti yang umum ketahui adalah pemimpin yang tidak bersih, yang selalu dikaitkan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ampun Tuanku...

Patik mohon atas kebijaksanaan Tuanku. Mohon Tuanku menimbangkan semula keputusan Tuanku. Mohon Tuanku dapat mengembalikan keadilan kepada rakyat Perak. 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun...

Sembah patik harap diampun..

Tiada ulasan: