Jumaat, 8 Mei 2009

POLIS JANGAN CAMPUR HAL POLITIK

Tengok pada peristiwa yg berlaku di DUN perak semalam, berbagai-bagai perasaan yg timbul dlm diri kita. Sedih, marah, benci, tidak kurang juga dgn lawak dan jenaka yg melucukan.

Entah? Apa nk jadi dgn Malaysia, Perak khususnya. Tapi, bukan itu yg aku nk bincangkan kat sini. Aku cuma nak komen pasal abang2 & kakak2 polis kita.

Apa nk jadi dgn hangpa. Hangpa kadang2 aku rasa tak ubah mcm "Askar Upahan Zaman Penjajah" yg dibawa masuk dari India. Ikut aje ape yg disuruh oleh BOSS hangpa. Tak kira bende tu baik ke buruk ke? Dah mcm kerbau dicucuk idung..

Abang2 & kakak2 polis. Nasib baik aku bukan polis. Kalau aku polis, aku memang malu sangat dgn tindakan2 yg korang lakukan. 

Abang2 & kakak2 polis. Negara kita dah merdeka, bukan zaman penjajah lagi. Kita mengamalkan demokerasi. Bukan siapa yg "DEMO-DIKERASI". Kalau setakat org pakai hitam pun dah kene tangkap tu demokerasi ape namanya? Org duduk dlm kedai kopi pun kene tangkap, apa namanya tu?

Abang2 & kakak2 polis. Aku harap hangpa2 semua ada kesedaran sivik sikit la. Fikir dulu sebelum ikut je telunjuk BOSS2 hangpa tu. Aku rasa kalau aku jadi polis la, mungkin aku tak layan benda2 mcm ni. Aku sekadar pergi sana je, pastu duk diam2 korek idung lagi baik.

Abang2 & kakak2 polis. Sedarlah, jenayah semakin berleluasa di negara kita ini. Tugas polis adalah membenteras jenayah, mengembalikan keamanan. Bukan tangkap ahli2 politik, tangkap org ramai. Ahli2 politik tahu apa yg mereka buat. Mereka juga mcm hangpa jugak ada tugas, utk keamanan & kesejahteraan negara. Bukan mereka hendak menghancurkan negara. Mereka jadi wakil rakyat utk "membela" rakyat. bukan utk "membedal" rakyat.

Abang2 & kakak2 polis. Sedarlah, rezeki itu ALLAH yg bagi bukan BOSS2 hangpa yg bagi.

Lu Fikirlah Sendiri...(pinjam ayat nabil)

Tiada ulasan: